Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Q & A yg bermanfaat

Bismillah

Assalamualaikum,

Q & A ini diambil dari blog sahabat
(syukran 'alaika)

fikir2 bersama..

>>Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).


> > Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


> > Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi


> > Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



> > IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah


> > Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

> > Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

> > Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


> > Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

> > Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

jom mohasabah!

Bismillah,


Assalamualaikum,


sama2 kita muhasabah....



· Adakah anda seorang yang mengingati Allah setiap masa dan ketika?

· Sekerap manakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?

· Sejauh manakah anda mendidik diri anada agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?

· Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?

· Adakah anda merasa kesal di atas dosa-dosa yang dilakukan?

· Pernahkah anda merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?

· Sudahkah anda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah?

· Sudahkah anda berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam sekarang?

· Sejauh manakah usaha anda dalam merealisasikan mkonsep amar mak’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan anda seharian?

· Sudahkah anda berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa,keluarga dan sahabat anda?

· Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?

· Adakah anda telah menjaga mata,telinga,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?

· Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa terutama solat fardhu?

· Adakah anda berniat untuk solat tahajjud pada malam ini?

· Adakah anda ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok?

· Adakah anda berwuduk sebelum tidur?

· Adakah anda menghadiri sebarang majlis ilmu atau tazkirah?

· Sudahkah anda membaca Al Quran pada hari ini?

· Sudahkah anda bertaubat?

· Sudahkah anda bersedia menghadapi mati?

Teman,

Ketahuilah tujuan apa sebenarnya kita hidup di dunia ini.Adakah kehadiran kita di dunia ini sekadar main-main dan sia-sia.Ketahuilah teman, kita ada amanah dan tanggungjawab yang tergalas di dunia ini..sebagai hamba,sebagai khalifah dan untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.Recheck diri dan renugkanlah sedalam-dalamnya ke dalam diri.Apakah kita telah menunaikan ketiga-tiga tanggungjawab dan amanah ini?Apakah alasan yang patut diberikan di saat kita ditanya kembali tentang amanah dan tanggungjawab ini?Sampai bila kita harus begini ye..??Emm,kalau boleh sebelum tidur..ambil sedikit masa dan tanyakan pada diri..”hari ini,apa yang telah aku lakukan untuk Allah dan Islam”Fikir-fikirkanlah..

Firman Allah:

”Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..”

~Az-Zariyat:56~


moga2 Allah memberi kesempatan kepada kita untuk terus bermuhasabah..ameen.



kita memang tidak sempurna..

assalamualaikum,

renungkan bersama,

nukilan pelangi

" kita memang bukan sempurna "


ungkapan di atas mungkin boleh digayakan dalam nada sesal,nada membela
diri atau nada meyakinkan diri atau apa2 saja yang bisa.nada yang
berlainan sememangnya membawa maksud yang lain juga..boleh jadi
seseorang itu menyesal atas perbuatannya atau mencuba membela dirinya
yang melakukan kesalahan atau mencuba meyakinkan dirinya bahawa it's
ok to do mistake..atau apa2 saja yang lain.

" kita memang bukan sempurna "

tidak dinafikan manusia itu makhluk terbaik ciptaan Allah,lebihnya
manusia kerana akal yang dimilikinya berbanding makhluk yang
lain.namun,tiada manusia yang sempurna,melainkan Nabi Muhammad S.A.W
yang maksum.

" kita memang bukan sempurna "

namun ini bukan alasan untuk tidak berusaha menjadi manusia yang
sempurna..sempurna sebagai seorang hamba kepada Allah dan sempurna
sebagai seorang manusia kepada manusia yang lain.berusaha dan terus
berusaha walau hakikatnya kita memang bukan sempurna.sesunggunhya yang
dipandang Allah adalah usaha kita,bukan hasil usaha..faiza 'azamtu fa
tawakkal 'ala Allah.

" kita memang bukan sempurna "

itulah hikmahnya Allah ciptakan manusia dengan variasi,supaya manusia
itu saling berkenal dan saling melengkapi..laksana sebuah jigsaw
puzzle.setiap dari kita menjadi serpihan2 yang melengkapi yang lain
lalu akhirnya membentuk sebuah jigsaw puzzle yang sempurna.

" kita memang bukan sempurna "

kerana itu janganlah terlalu meletakkan high expaction pada orang
keliling.mereka juga manusia biasa dan kita juga manusia biasa.usah
terlalu berharap..takut nanti kecewa yang datang.letakkan
pengharapanmu sekadarnya,kerana kita memang bukan sempurna.sebaliknya
bergantung haraplah hanya pada DIA,nescaya kita tidak akan
kecewa,kerana DIA MAHA SEMPURNA..Allah Rabbul Jalil.

" kita memang bukan sempurna "

Allah Maha Tahu,kerana kita adalah makhluk cipataanNya..kerana itu
Allah telah menganugerahkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada kita
dalam menghadapi hidup penuh pancaroba.tidak akan sesat selama-lamanya
mereka yang berpegang pada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 136 & 137.

" wahai orang2 yang beriman!tetaplah beriman kepada Allah & rasulnya
(Muhammad) dan kepada kitab(Al-Quran) yang diturunkan kepada
RasulNya,serta kitab yang diturunkan sebelumnya.barangsiapa ingkar
kepada Allah,malaikat2Nya,kitab2Nya,Rasul2Nya dan Hari Kemudian,maka
sungguh,orang itu telah tersesat sangat jauh. "

" sesungguhnya oarng2 beriman lalu kafir,kemudian beriman
(lagi),kemudian kafir lagi,lalu bertambah kekafirannya,maka Allah
tidak akan mengampuni mereka,dan tidak(pula) menunjukkan kepada mereka
jalan (yang lurus). "

semuga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus..ameenn..