Bersahur Cara Rasulullah

oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS

SUMBER:AL-KHAADEM


Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h:
Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.“ Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).Sabda Rasulullah s.a.w:
Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.- Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.-Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin SaĆ¢ad r.a berkata:

Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w. - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar. - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur? Beliau menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

DISEBALIK SOLAT...

Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh

alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam,

alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.



Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.



Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

salam Ramadhan..

Assalamualaikum buat semua,

salam Ramadhan kareem,mg ramadhan kali ini membawa erti dalam hidup kita,dunia & akhirat.

insyaAllah.

Ayuh !Kita Kembalikan Gelombang Pemuda Generasi Pertama Islam


Ya! Generasi muda islam hari ini sangat memerlukan contoh tauladan yang menyatakan akan hakikat kehidupan islam yang suci.Tauladan yang dapat menjadi cahaya terang yang memberi petunjuk serta panji-panji tempat mereka bernaung.Tanpa diragukan lagi,bahwa tauladan tersebut nyata berselerakan dalam lemberan sejarah kehidupan orang-orang terdahulu daripada kita,yang soleh dari klangan pemuda-pemuda genersi pertama islam..

Generasi pertama dakwah islam menyedari kebenaran hakikat besarnya nikmat Allah s.w.t ke atas diri mereka pada fasa umur itu,iaitu ketika Allah menjadikannya di antara dua masa kelemahan..

"Dialah Allah yang menciptakan(kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat,kemudian Dia menjadikan(kamu)sesudah kuat itu lemah(kembali) dan beruban.Dia menciptakan apa yang dikehenda skiNya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa".(Ar Ruum:54)

Generasi muda yang hidup pada permulaan dakwah islam sangat memahami kepentingan masa muda tersebut dalam peringkat umur mereka sehinggakan merangsang mereka untuk terus berlumba-lumba dengan penuh bersemangat memanfaatkan dalam rangka menggapai keredhaan Allah s.w.t..

Sudah tiba masanya untuk generasi pemuda masa kini untuk mencorakkan kembali keadaan ummah dengan mengembalikan semangat generasi pemuda pertama islam.Kita rindu pada semangat Abdullah bin Amr al-Ash yang merupakan seorang pemuda generasi pertama yang sangat cintakan al-Quran sehinggakan beliau meminta kebenaran pada Rasulullah s.a.w untuk menghabiskan bacaan al-quran dalam satu malam tetapi ditegah oleh Rasulullah s.a.w kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi bosan.Tetapi dengan sifat seorang pemuda yang bersemangat Abdullah terus meminta permohonan agar membenarkannya khatam al-Quran dalam masa yang singkat dengan berkata: "Wahai Rasulullah biarkanlah daku menikmati masa kuat dan mudaku ini"..seterusnya Rasulullah bersabda.."Khatamkanlah pada setiap tujuh hari"..Inilah dia contoh generasi Al-Quran..

Kita juga rindukan semangat Abdullah bin Umar bin Al-Khattab yang mengorbankan masa tidurnya kerana hanya ingin beribadah pada Allah s.w.t..Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah,kerana ia bangun pada sebahgian malam untuk solat,(setelah mendengar sabda itu)Abdullah bin Umar tidak tidur malam kecuali sedikit.( rwyt bukhari).Inilah juga contoh generasi muda pertama Islam yang mampu medidik jiwa supaya terus mempertingkatkan keimanan dan takwa pada yang Maha Esa.

Pelbagai gelaran yang telah Rasulullah s.a.w hiasi pada pemuda-pemuda generasi pertama ini dek kerana hebatnya sumbangan mereka pada agama yang suci ini.."Orang yang paling pengasih dari umatku adalah Abu Bakar,yang paling keras(dalam membela) agama Allah adalah Umar,yang paling pemalu adalah 'Uthman,yang paling bijak keputusannya adalah Ali bin Abi Talib,yang paling pandai membaca kitab Allah adalah Ubay bin Ka'ab,yang paling mengetahui perkara halal dan haram adalah Muadz bin Jabal, dan yang paling tahu akan hukum faraidh adalah Zaid bin Tsabit.Ketahuilah, bahwa tiap=tiap umat ada orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah"..

Lihatlah bertapa hebat generasi didikan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.Tiada pertikaian terhadap mereka sekiranya dikatakan bahwa SYURGA sangat merindui pemuda-pemuda sebegini.Mereka beraksi di medan juang dengan penuh KEYAKINAN dan PENGHARAPAN kepada Allah s.w.t.

Kita juga menantikan jelmaan semula semangat perjuangan yang dimiliki oleh Salahuddin Al-Ayubi,Sultan Muhammad al-Fateh,Kahlifah Umar Abdul Aziz dan semnagat juang mujadid Syahid Hassan Al-Banna'..Keistemewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada pemuda-pemuda ini dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggan mereka mampu menegakkan agama Islam dengan begitu hebat..Siapa sangka seorang yang tidak pernah menonjol kehebatannya pada awalnya mampu membebaskan kota al-Quds dan siapa juga sangka seorang pemuda berumur 23tahun akhirnya membenarkan hadis Rasulullah s.a.w selepas diperkatakan selama 800 tahun yang memiliki sifat Kepimpinan yang baik,tentera yang baik dan memiliki rakyat yang baik bagi melayakkannya menawan kembali kota konstinopel.

Wahai pemuda kini,sedarlah kita perlu segera SEDAR dan BERTINDAK melakukan TAJDID bagi merubah umat yang semakin jauh dari KEBENARAN yang sebenar.Ayuh,kita tauladani generai pemuda pertama islam yang telah banyak melakar dan mencipta sejarah dalam medan perjuangan bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.Jangan kita sia-siakan anugerah KUAT dan MUDA ini,perlu sentiasa BERAKSI dengan BIJAK bagi merubah ummah agar seluruhnya tunduk pada Allah s.w.t...