Assalamualaikum,
Q & A ini diambil dari blog sahabat
(syukran 'alaika)
fikir2 bersama..
Murid 3: Teman
Murid 1: Baja
Murid 1: Kapas
generasi muda,generasi perubahan
Bismillah,
Assalamualaikum,
sama2 kita muhasabah....
· Adakah anda seorang yang mengingati Allah setiap masa dan ketika?
· Sekerap manakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?
· Sejauh manakah anda mendidik diri anada agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
· Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
· Adakah anda merasa kesal di atas dosa-dosa yang dilakukan?
· Pernahkah anda merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
· Sudahkah anda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah?
· Sudahkah anda berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam sekarang?
· Sejauh manakah usaha anda dalam merealisasikan mkonsep amar mak’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan anda seharian?
· Sudahkah anda berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa,keluarga dan sahabat anda?
· Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
· Adakah anda telah menjaga mata,telinga,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
· Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa terutama solat fardhu?
· Adakah anda berniat untuk solat tahajjud pada malam ini?
· Adakah anda ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok?
· Adakah anda berwuduk sebelum tidur?
· Adakah anda menghadiri sebarang majlis ilmu atau tazkirah?
· Sudahkah anda membaca Al Quran pada hari ini?
· Sudahkah anda bertaubat?
· Sudahkah anda bersedia menghadapi mati?
Teman,
Ketahuilah tujuan apa sebenarnya kita hidup di dunia ini.Adakah kehadiran kita di dunia ini sekadar main-main dan sia-sia.Ketahuilah teman, kita ada amanah dan tanggungjawab yang tergalas di dunia ini..sebagai hamba,sebagai khalifah dan untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.Recheck diri dan renugkanlah sedalam-dalamnya ke dalam diri.Apakah kita telah menunaikan ketiga-tiga tanggungjawab dan amanah ini?Apakah alasan yang patut diberikan di saat kita ditanya kembali tentang amanah dan tanggungjawab ini?Sampai bila kita harus begini ye..??Emm,kalau boleh sebelum tidur..ambil sedikit masa dan tanyakan pada diri..”hari ini,apa yang telah aku lakukan untuk Allah dan Islam”Fikir-fikirkanlah..
Firman Allah:
”Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..”
~Az-Zariyat:56~
Jauh perjalanan
Telah ku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju satu daerah
Masihkah ada sinar yang menanti
Masa dijanji pasti tiba
Ku
Bimbang langkahku terhenti
Ku terpaut di persimpangan
Tak inginku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua menjadi kenangan
Kerana MU kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa
Leraikanlah resah hatiku
Padaku hanya ENGKAU yang Satu
Belum pernahku terasa hebatnya cintaMU
Sesungguhnya ENGKAU mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku pohon rasa kasih yang abadi
Jujur ikhlaskah diri ini
MenyintaiMU sepenuh hati
Ataukah sekadar bila di uji
Rahmat dan kasih tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan..
" kita memang bukan sempurna "
Allah Maha Tahu,kerana kita adalah makhluk cipataanNya..kerana itu
Allah telah menganugerahkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada kita
dalam menghadapi hidup penuh pancaroba.tidak akan sesat selama-lamanya
mereka yang berpegang pada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.